
BUDAYA MELAYU SIMBOL SERANTAU YANG MEMBANGUN KEKUATAN HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN DENGAN INDONESIA
( Silfia Hanani )
Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Bukittinggi Sumatera Barat
Abstrak
Malaysia-Indonesia, merupakan negara serumpun yang mempunyai persamaan budaya. Budaya Melayu sudah menjadi icon dan simbol identiti bagi kedua-dua negara ini. Kesamaan budaya tersebut menjadi ikatan emosional yang membangunkan hubungan serantau yang rapat, walaupun dalam pelbagai hal terdapat perbezaan pada kedua-dua negara ini. Walaupun telah memasuki dunia global, kekuatan budaya Melayu masih tetap menjadi kekuatan sosial-budaya bagi Indonesia-Malaysia. Dalam konteks ini budaya Melayu dapat difahami sebagai sarana kerjasama dalam mewujudkan solidariti, persahabatan, persuadaraan guna kemajuan untuk kedua-dua negara untuk menghadapi masa hadapan. Kertas kerja ini, cuba menjelaskan peranan budaya Melayu tersebut bagi kedua-dua negara dan bagaimana kesan budaya tersebut dalam mewujudkan kesefahaman bagi kedua-dua ini negara pula.
DISCOURSE BUDAYA MELAYU DI TENGAH GEJOLAK MODENISASI
Selepas Pereng Dunia II discourse tentang budaya lebih dominan membincangkan proses pemodenan dan pembaratan, sehingga modeniasi budaya menjadi gejala yang universal. Hal ini dapat dilihat dari projek pemodenan budaya di Negara Dunia Ketiga yang semakin jelas dan nyata. Keadaan ini ketara sekali dalam dasawarsa 1950-an dan 1960-an, kerena pada dasawarsa tersebut pelbagai teori modenisasi dan pembangunan telah dianjurkan untuk Negara Dunia Ketiga, seperti teori tahap pertumbuhan, teori difusi, teori indek jenis unggul dan sebagainya. Teori ini pada hakikatnya memaksakan kepada Negara Dunia Ketiga untuk menyerap atau ”mengadopsi” hal yang berlaku di negara maju. Dalam konteks ini, negara maju itu adalah Barat, sehingga dalam pemodenan tersebut terjadi pula proses pembaratan (Abdurraham 2000; Rahimah 1997).
Proses pembaratan tersebut, semakin jelas dan nyata lagi ketika masuknya sarjana berpendidikan Barat dalam proses perancangan pembangunan dan mereka mempunyai keyakinan terhadap kemajuan itu melalui pemodenan budaya seperti yang berlaku di Barat (Tjondronegoro dalam Nordholt dan Visser 1995). Cadangan seperti ini sebenarnya dipengaruhi oleh McClleland (1961) yang mengatakan Negara Duni Ketiga boleh maju seperti Barat apabila Negara Dunia Ketiga itu mampu menyerap apa yang berlaku di nehara maju tersebut.
Proses pemodenan dan pembaratan menjadi fenomena sosial di Negara Dunia Ketiga. Budaya superior dan inferior semakin dipublikasikan pula dalam kajian orientalisme, sehingga terjadi dua kubu budaya peradaban dunia iaitu, kubu budaya maju di wakili oleh Barat dan budaya terbelakang berada pada masyarakat Timur. Wacana ini, sebenarnya yang pernah dibongkar oleh Said (1995).
Setelah pemeodenan dan pembaratan berjalan dalam waktu yang begitu lama, terjadi penguatan politik kebudayaan di pelbagai negara-negara non Barat (Huntington 2000). Kebangkitan budaya menjadi fenomena baru dalam alaf global ini, ia sekaligus sebagai senjata perjuangan bagi negara-negara non Barat. Seiring dengan kebangkitan itu pula terjadi penguatan identiti di negara-negara dunia luar Barat. Penguatan identiti ini, juga berlaku di Melayu, setidaknya terlihat dari pengertian pemodenan yang direkonstruksi oleh Dr. Mahathir Mohamad:
...pemodenan bukanlah pembaratan, bukan penjempunan, bukan pentimuran, dan pula pengasiaan...merupakan bumi moden tersendiri, yakni tidak tercicir dalam arus perkembangan sejagat dalam segala segi dan segala bidangnya, namun terus dapat mempertahankan ciri-ciri khusus sebagai bumi Malaysia (Pemikir September 1997)
Dalam konteks ini, ada pemaknaan baru dalam pengertian pemodenan. Pengertian ini setidaknya berlaku dalam pemaknaan budaya sesuai dengan konteks lokal, sehingga budaya lokal tidak lagi dipinggirkan dalam proyek pemodenan. Budaya Melayu tidak dapat lagi dikatakan pula sebagai budaya terbelakang yang mesti diubah suai mengikuti konstruksi budaya Barat. Begitu pula dengan proses pembangunan, ia tidak dapat lagi dilaksanakan sepenuhnya mengikuti seperti di Barat, proses pembangunan mesti dilakukan dengan pendekatan budaya tempatan ini.
Di sebalik ini, sesungguh erti budaya dalam konteks global tidak dapat dinafikan sebagai alat rekonstruksi integrasi bagi bangsa-bangsa, sehubungan dengan ini Huntington berpendapat:
Lahirnya ”sebuah dunia” didasarkan pada tatanan yang berlandaskan beradaban: msyarakat-masyarakat yang mempunyai afiniti-afiniti budaya saling bekerjasama antara satu dengan yang lainnya, hal ini berlaku sebagai salah satu usaha untuk menggantikan peradaban satu masyarakat dengan peradaban lain...( Huntington 2000)
Budaya tidak sepenuhnya lagi direkonstruksi sebagai mana diajarkan oleh teori modenisasi yang selalu mengkiblati Barat dan tidak selamanya pula budaya luar Barat tradisional dan terbelakang. Budaya-budaya luar Barat, mempunyai local wisdom tersendiri bagi masyarakatnya dan dapat berkongsi dengan kemajuan (Dove 1988). Dalam konteks ini pula disedari bahawa budaya Melayu bukanlah budaya yang terbelakang dan bukan pula yang patut dipinggirkan. Permasalahannya sekarang adalah, bagaimana untuk menghadirkan budaya Melayu tersebut menjadi sumber ”integrasi” dan sumber pembangunan bagi suku bangsa Melayu ini, sehingga bangsa-bangsa yang berpayung di bawah ke-Melayuan-an ini dapat memainkan peranan penting, setidaknya di bumi serantau ASEAN. Konteks semacam ini telah diajarkan Jepun, negara yang pernah luluh lantah oleh proyek Barat ini tetap dalam kerangka ke-Jepun-annya untuk menghela kemajuan, sehingga Jepun menjadi negara yang berpengaruh dan terpenting di rantau Asia.
BUDAYA MELAYU DARI MASA KE SEMASA
Mengikuti perbincangan tentang takrifan Melayu, difahamkan pada dua makna penting, pertama dari segi geografi dan kedua dari segi tamadunnya. Dari segi geografis, ditemukan bahawa kawasan yang diperkatakan Melayu ini adalah kawasan serantau yang mempunyai hubungan historis yang sama, sehingga dalam catatan sejarah ditemukan kawasan Melayu itu adalah, Indonesia, Malaysia, Filipina, Madagaskar, Brunei, Singapur, Thailand, Kampuchea serta ke pulauan Selatan Pasifik (Dewan Bahasa dan Pustaka 1988; Madiana & Hasnah 2000). Takrifan Melayu dari perspektif tamadun pula, sering merujuk pada kelompok yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat rasam Melayu. Kedua-dua perspektif ini dapat dimodifikasi menjadi takrifan Melayu sebagai civilization atau tamadun, seperti yang sering diperkenalkan oleh pengkaji sosiologi dan antropologi.
Dalam melihat pekembangan budaya Melayu di Indonesia dan Malaysia, ada tiga klasifikasi waktu yang cukup penting dipertimbangkan, pertama era kolonialisme, kedua era pasca kolonialisme dan ketiga era masing-masing negara memasuki globalisasi. Dalm ketiga-tiga era itu, pengamalan budaya Melayu mengalami corak dan dinamika yang berbeza-beza. Hal ini tentu sejalan dengan pendapat Toynbee (1961) yang mengatakan bahwa pengamalan budaya dapat mengalami perubahan melalui pengaruh beberapa pengaruh seperti diakibatkan oleh disintegrasi yang terjadi dalam peradaban itu sendiri. Atau seperti dikatakan oleh Kahn (1995), bahawa kebudayaan itu sendiri konstruksi dari sebuah budaya. Ertinya dengan datangnya budaya lain ke dalam masyarakat Melayu, maka terjadi pergeseran pengamalan budaya Melayu itu.
Budaya Melayu Era Kolonial
Pada era kolonialisme budaya Melayu mengalami persinggungan dengan budaya luar, iaitu budaya yang direkonstruksi oleh penjajah di kawasan Melayu. Rekonstruksi budaya dilakukan oleh penjajah terlihat dalam perbagai perubahan dalam institusi sosial, seperti pendidikan, agama, politik, ekonomi dan sebagainya. Rekonstruksi yang dilakukan oleh kolonial ini, tidak dapat dinafikan sebagai salah satu usaha untuk mempermudah tercapainya tujuan kolonial itu sendiri, sehingga pelbagai budaya kolonial di dedahkan untuk masyarakat jajahannya (Malinowski 1983).
Peminggiran budaya namapk lagi ketika elite-elite lokal merasa berperadaban tinggi apabila menyarungkan budaya lokolonial ke dalam kehidupannya, sehingga pada tahap ini terekonstruksi pula satu pelecehan terhadap budaya sendiri dan merasa terhormat dengan penampilan agak-agak kolonial. Tampilnya elite-elite lokal dengan perasaan seperti itu, secara sedar telah menghela nilai baru kedalam budaya pribumi atau Melayu.
Mentaliti elite lokal yang agak kelonialan ini lebih mempercepat sesebuah budaya mengalami keterjejasan. Realiti dari keadaan ini mungkin dapat dijelaskan dengan membandingkan proses kolonialisasi di Pulau Jawa dengan Di Sumatera terutama di Aceh. Betapa jauh berbezanya pengaruh kolonialisme di antara kedua kawasan tersebut.
Pada era kolonial, budaya Melayu sudah mengalami proses peminggiran. Peminggiran ini, tidak dapat dinafikan sebagai usah dari kolonialisme untuk memudahan menghujamkan tiga konsep asasnya iaitu god, glory dan gold. Pada era ini juga tidak dapat dinafikan terjadinya proses pembaratan. Pembaratan diperkenalkan dalam bergai-bagai institusi, disebalik itu telah berlangsung pula proses indigenisastion, penyerapan atau saduran modofikasi idea dan teknik Barat. Perubahan ini tidak dapat dinafikan, sebagai usaha bagi penjajah untuk memudahkan menguasai tempatan (Rahimah 1997).
Selama berlangsungnya proses kolonialisme di ranah Melayu sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia, telah membongkar ketradisionalan menuju satu proses budaya ala kolonial, budaya yang diinginkan dan dipaksakan oleh penjajah untuk serupa dengan budayanya. Pada tahap kolonialisme ini, awal pertama terjadinya peminggiran terhadap budaya Melayu. Budaya Melayu dipinggirkan oleh hegemoni kekuasaan kelonial dan diikuti oleh perubahan mentaliti elite-elite lokal Melayu yang soft culture. Elite-elite lokal yang semula bermentaliti desa kemudian berubah secara dramtis menjadi bermentaliti kosmopolit, sehingga menghujat nilai-nilai budayanya sebagai nilai budaya yang tidak bererti dan terbelakang. Kemudian secara sedar atau tidak, identiti di kalangan orang Melayu mulai tidak jelas. Orang-orang Melayu mulai meninggalkan atribut ke Melayua-annya dan imege budaya penjajah lebih tinggi dari pada buyada melalyu selalu diperlihatkan.
Budaya Melayu Pasca Kolonialisme
Pada umumnya, negara-negara kawasan yang terbabit dalam pengertian Melayu mengalami proses kehidupan di bawah kolonial, negara yang pernah terjajah. Sebagai negara bekas kolonial, tidak dinafikan arah nilai-nilai kolonial masih meruntut dan bertekuk di sini. Proses pembaratan tidak pula berakhir semenjak kolonialisme meninggalkan kawasan jajahannya. Pembaratan semakin menguat melalui projek modenisasi yang universal diseluruh Negara Dunia Ketiga, termasuk di Malaysia dan Indonesia.
Projek modenisasi budaya diperkukuh dengan proses pembangunan di negara dunia ke tiga yang selalu beriorientasi nilai-nilai Barat dan memandang budaya tempatan sebagai budaya tradisional dan tidak dapat berkongsi dengan kemajuan, sehingga proses pemodenan budaya menyebar dimana-mana. Fonomena orang lokal menjadi globa sebagai salah satu jawapan daripada impak proses pembangunan yang demikian itu. Pemodenan yang dibawah oleh proses pembangunan ini telah mengubah ciri-ciri masyarakat lama yang dianggap tradisional menjadi mayarakat moden. Kemodenan semakin meminggirkan keberadaan budaya Melayu.
Masalah pemodenan budaya ini, terjadi mana-mana tidak sahaja di kalangan masyarakat penganut budaya Melayu tetapi juga di Negara Dunai Ketiga, sehingga projek pemodenan telah membuat satu simbol duni satu budaya. Iaitu budaya negara maju dan moden. Kehilangan nilai-nilai sosial budaya semakin buruk di era pasca kolonial ini, terutama bagi pemimpin yang pro pemodenan ala Barat, seperti Turki yang direkonstruksi dengan pemodenan ala Barat ini (Huntington 2000).
Di Indonesia dan Malaysia masalah pemodenan yang bertumpang dengan proses pembangunan ini berlaku pula. Di Indonesia misalnya, semenjak pemerintahan orde baru dengan sistem pemerintahannya yang sentralisme pembangunan secara totaliti telah dibangunkan dengan peminggiran budaya masyarakatnya. Misalnya hadirnya pemerintahan desa selama 20 tahun (1980-2000) di pelbagai komuniti etnik telah menghancurkan budaya lokal yang dimiliki oleh oleh etnik yang pelbagai di Indonesia. Atas nama pembangunan telah dipinggirkan ketradisionalan dan diganti dengan budaya moden (Dove 1988).
PENGUATAN KE-MELAYU-AN: REKONSTRUKSI IDENTITI BARU
Budaya-budaya di dunia sebenarnya mengalami sejarah jatuh bangun (Toynbee 1972; 1998; Ibn Khaldun 2000; Capra 2004). Termasuk dengan budaya Melayu. Jika boleh dihuraikan maka pada era kolonial dan era pembangunan terutama yang terperangkap dalam mainstream pemodenan telah terjadi keruntuhan budaya “asli” bagi Negara Dunia Ketiga tersebut.
Setelah tenggelam dan projek pemodenan dan kemudian diikuti dengan terjadinya krisis multidimensional dipelbagai Negara Duni Ketiga awal abad 21, maka muncul pelbagai kesadaran bawaha pemodenan tidak selamanya membangunkan kemandirian dan kepositifan terhadap Negara Dunia Ketiga. Kemodenan ternyata menjadi projek kapitalisme yang membentangkan kemuduran terhadap budaya Negara Dunia Ketiga. Projek modenisasi kapitalisme tidak stekat mengeksploitasi ekonomi tetapi juga budaya.
Huntington (2000) telah menghuraikan dengan cermat, bahawa kebangkitan di dunia sekarang ini ditandai dengan menguatnya budaya-budaya di luar Barat, seperti kebangkitan budaya Jepun, Hindu, Islam, Ortodoks, Amerika Latin, dan Barat itu sendiri, sehingga dalam alaf global multikulturalisme budaya menjadi fenomena sosial yang menarik disimak. Keadaan itu sebenarnya juga menggejala dalam ruang Indonesia dan Malaysia.
1. Penguatan Dalam Konteks Indonesia
Penguatan budaya di Indonesia dengan jelas terjadi pada era otonomi daerah (2001 sampai sekarang). Dari fenomena yang bergejolak terlihat negara sebagai laboratorium budaya, dimana budaya-budaya lokal menguat dan mempertanyakan kembali identitinya, setelah dikaburkan oleh polisi (kebijakan) pemerintah orde baru. Pemerintah orde baru dengan sistem pemerintahan sentralisme telah melakukan pembangunan tanpa berequiliberium terhadap budaya lokal, multikultural dihomogenkan dengan kekuasaan sehingga muncul pembangunan yang seragam di bawah pemerintahan desa. Keadaan yang menyeragamkan pembangunan di aras lokal ini, pada asasnya yang mematikan budaya-budaya lokal sebagai pembangun budaya Melayu di Indonesia.
Pemerintahan otonomi daerah dengan sistem desentralisme, telah mengilhami kembali penguatan simbol-simbol budaya. Hal ini dapat dilihat dalam dua pergerakan yang terjadi dalam masyarakat Indonesia, pertama pemerintahan di peringkat lokal dikembalikan pada bentuk semula dan tidak lagi direkonstruksi oleh pemerintah pusat, sehingga pemerintah desa sebagai pemerintah peringat lokal yang direkonstruksi orde baru sekarang ini diganti dengan pemerintahan yang berteraskan lokal tersebut. Kes ini dapat dilihat pada masyarakat Aceh, Sumatera Barat dan sebagainya. Di Aceh misalnya pemerintahan desa orde baru, digantikan dengan sistem pemerintahan teras lokalnya yang dinamakan dengan gampong. Di Sumatera Barat suku bangsa Minangkabau meminta kembali pemerintahan nagari sebagai pemerintahan yang mengatur suku bangsa ini di peringkat lokal. Khusus pada kes kembali pada pemerintahan nagari, di Sumatera Barat, sebenarnya yang berlaku adalah penguatan identiti bagi suku bangsa Minangkabau itu sendiri. Dengan pemerintahan nagari itu, suku bangsa ini kembali mengapresiasikan budaya dan tradisinya, sehingga ke-Minangkabaua-an menjadi fenomena yang sedang mensetting Sumatera Barat (Silfia Hanani 2004). Dinamika ini, tentu dapat difahami sebagai pembumian kembali budaya Melayu sebagai budaya masyarakat di nusantara.
Kedua pasca otonomi daerah terjadi penguatan Islam di pelbagai kawasan. Penguatan Islam ini direkonstruksi dengan penguatkuasaan pelbagai peraturan oleh pemerintah daerah, seperti pelaksanaan syariat Islam di Aceh, peraturan tentang wajib jilbab di beberapa kota seperti di Sumatera Barat, gerakan seribu Masji di Nusa Tenggara dan sebagainya.
Siklus perubahan ini, merupakan berbalik atau berpusing pada pencarian bentuk identiti semula. Berlaku seperti teorinya Ibnu Khaldun (2000) tentang jatuh bangunnya identiti atau budaya. Atau seperti teori titik balik peradaban Capra (2004). Perubahan budaya itu menjarak jauh, kemudian setelah berada dipuncak kembali pada bentuk semula. Keadaan yang demikian berlaku dalam budaya Melayu di Indonesia.
Masyarakat Indonesia mempertegas kembali budaya “aslinya”. Realiti ini juga tidak dapat dinafikan sebagai bukti terjadi penguatan budaya “asal” dalam tataran masyarakat Indonesia. Oleh sebab itu pasca otonomi daerah ini, merupakan era kebangkitan budaya Melayu di Indonesia. Simbol-simbol ke Melayuan di rekonstruksi, sebagai kekuatan integrasi bagi penduduk Indonesia. Minama terlihat dari rekonstruksi maraknya atau ramainya terjadi pengislamisasian budaya di daerah-daerah. Pemaknaan Melayu dalam konteks Indonesia-Malaysia sangat terpaut-bergantung dengan image Islam tersebut.
Gejala universal ke-Islam-an dalam masyarakat lokal ini, kewujudannya tidak dapat dinafikan daripada pertama sejarah penapakkan Islam di Indonesia. Di Indonesia, ajaran Islam telah diterima secara “damai”, kemudian menjadi way of life. Islam telah berhasil membangun dunia sosial masyarakat lokal. Kedua Islam juga telah membangun institusi lokal, seperti membangun kepemimpinan lokal, membangun demokrsi lokal dan sebagainya. Keadaan itu semua telah menjadikan masyarakat lokal mengalami kemajuan. Di samping itu ajaran Islam telah berhasil membangun moral masyarakat lokal, mewujudkan keteraturan sosial lokal tersendiri. Oleh keadaan yang demikianlah, masyarakat lokal memperkokoh jati dirinya kembali dengan ajaran agama yang dimilikinya. Sedangkan budaya Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam, sehingga dengan keadaan yang berlaku ini kebangkitan budaya Melayu dalam ranah masyarakat Indonesia sedang terlihat dengan seriusnya.
2. Penguatan Dalam Konteks Malaysia
Di Malaysia terjadi pula penguatan budaya Melayu seperti terlihat dari rekonstruksi takrifan Dr. Mahthir Mohamad tentang modenisasi, sebagaimana sudah disebutkan di atas. Modenasasi tidak lagi berkiblat pada budaya siapa sahaja, tetapi melihat ke kontek negara itu sendiri. Kemudian pada era Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah Badawi diperjelas lagi, dengan lahirnya Islam Hadari1 sebagai asas pembangunan Malaysia. Dapat pula dipastikan bahawa wawasan 2020 Malaysia, merupakan arah baru pemodenan Malaysia yang berteraskan budaya Melayu. Kemudian cuba menghela kembali budaya Melayu ke dalam praktik kehidupan berbangsa dan bernegara. Agama Islam sebagai ruh tamadun Melayu, dipertegas sebagai asas bagi masyarakat Malaysia untuk menghadapi cabaran global ini. Tentang Islam Hadari ini telah difahamkan, bahawa:
Islam Hadari (civilisational Islam) telah diperkenalkan pada tahun 2004 merupakan rangka kerja pembangunan yang menyeluruh dan sejagat negara. Rangka kerja ini digubal sebagai satu pendekatan penting kepada rakyat yang menggabungkan pencapaian dan kemajuan, di samping berpegang tegus pada nilai sejagat dan tutunan Islam (Unit Rancangan Ekonomi 2006).
Di sebalik itu telah pula disokong oleh pelbagai kempen ke-Melayua-an, seperti kempen budi bahasa budaya kita yang sangat mendukung kembalinya budaya Melayu wujud dalam realiti masyarakat. Gerakan internalisasi nilai-nilai Melayu nampak dibangunkan sehingga nilai-nilai tersebut diharapkan dapat melekat dalam realiti sosial kehidupan masyarakat di negara ini.
BUDAYA MELAYU SIMBOLISME SERANTAU YANG PERLU DIMAKNAI KEARAH KEMAJUAN
Lagi-lagi meminjam konsep penguatan identiti peradaban Huntington dengan penekanan bahawa pada alaf global ini kekuatan tidak semata-mata dibangunkan lagi oleh kesamaan politik dan ekonomi sahaja. Tetapi telah terbukti pula bahawa visi peradaban atau budaya yang sama telah melahirkan sebuah kekuatan baru menandingi kekuatan Barat (Huntington 2000). Dalam alaf global ini, budaya melayu bagi Indonesia-Malaysia semestinya tidak dimaknai dengan secara parsial (terpisah-pisah). Budaya Melayu dapat dimaknai dalam konteks kemajuan dan kedinamikan yang menghela kedua negara yang dibangunkan oleh budaya Melayu ini kearah kemajuan, sehingga kedua-duanya dapat memainkan peranan penting di pentas dunia, menima di rantau Asia tenggara. Keupayaan yang gigih ke arah itu, sangat terlihat di kalangan penggiat bahasa, Melayu dan Indonesia. Penggiat bahasa telah meletakkan bahasa sebagai kerangka hubungan yang fungsional anatara keduanya.
Pada alaf global ini perlu kita pertanyakan, apakah budaya Melayu akan dapat dibangunkan menjadi satu perspektif baru untuk kepentingan kemajuan kedua negara ini. Mungkin hal ini dapat dijawab dengan pendekatan teori budaya. Teori budaya selalu berorientasi pada kemajuan, karena dalam budaya terdapat orientasi nilai yang merekonstruksi visi kemajuan. Hal ini dapat dilihat dalam teori budaya Kluchohn (Koentraningrat 2000) yang sangat optimis bahawa budaya itu dapat merekontruksi kemajuan. Di balik geliat identiti budaya Melayu ini, makna itulah yang terpenting bagi kedua-dua negara. Budaya Melayu tidak hanya sebagai simbol tetapi juga dimaknai sebagai penghela kemajuan dalam konteks kedua negara ini. Apatah lagi dengan adanya kebangkitan-kebangkitan ke Melayu-an, seperti di Indonesia dengan sokongan otonomi daerah dan Malaysia dengan sokongan Islam Hadari, maka kemajuan itu digubal kepangkal budaya kembali tidak lagi melalui budaya-budaya asing.
Dengan munculnya, penguatan budaya sebagai penghela kemajuan ini, maka ada satu prediksi bahawa budaya Melayu kehadapan dapat membangunkan kemajuan dunia serantau setidaknya bagi Indonesia-Malaysia, sehingga kedua-dua negara semakin nampak peranan pentingnya di rantau Asia Tenggara ini. Dalam konteks ini, budaya Melayu dapat dianggap sebagai medator solidariti sosial bagi kedua-dua bangsa, sehingga dengan solidariti itu wujud kekuatan dan kemajuan yang dapat memainkan peranan penting dalam rantau Asia Tenggara.
Mungkin dengan kejadian jatuhnya ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997 sebagai salah satu akibat tidak kuatnya solidariti diantara negara-negara ini dan tidaknya satu visi sosial. Oleh sebab itu seiring dengan terjadinya penguatan ke-Melayu-an di Melaysia dan Indonesia, hal ini dapat dijadikan sebagai satu kekuatan sosial budaya bagi kedua-dua negara untuk menghadapai masa hadapan.
Terima kasih, selamat merdeka Indonesia-Malaysia
Kebudayaan Melayu
Lainnya dari BERITA
Label:
BERITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment